Write & Brave - The Storytelling Code
- Regular price
- RM 34.20
- Sale price
- RM 34.20
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Dunia hari ini terlalu bising.
Setiap hari, ribuan kandungan berlumba-lumba merebut perhatian manusia. Masalahnya bukan kekurangan idea, tetapi tiada siapa berhenti untuk mendengar.
Buku ini bukan tentang bakat, kamera mahal atau formula viral palsu. Ia mendedahkan satu kebenaran penting; manusia tidak membeli fakta, manusia membeli cerita.
Melalui kisah sebenar daripada dunia gusti, Formula 1, Netflix, Pixar, Apple, Mr. Beast dan eksperimen sains tingkah laku manusia, buku ini membongkar bagaimana storytelling menjadi senjata paling berkuasa untuk membina pengaruh, menaikkan status sosial dan keluar daripada perang harga sebagai “komoditi”.
Anda akan belajar:
• Mengapa perhatian manusia semakin pendek dan cara menawannya dalam 3 saat pertama.
• Framework Master Your Hook yang membuat orang berhenti scroll.
• Struktur The Storytelling Code (WTS) yang membuat penonton kekal hingga akhir.
• Elemen REN (Renowned, Extreme, Negative) yang meningkatkan potensi kandungan untuk meletup.
• Cara menukar view dan pengaruh kepada peluang, kepercayaan dan pendapatan.
Buku ini ditulis untuk content creator, usahawan, marketer dan sesiapa sahaja yang mahu didengar dalam dunia yang terlalu bising.
Jika anda mahu berhenti menjadi pilihan kedua,
Jika anda mahu orang mencari anda — bukan sebaliknya,
Buku ini ialah permulaan kepada “cheat code” dalam permainan hidup moden.