• Poster Stand Alone Mk - Kesan Rama rama
  • Kesan Rama-rama
  • Kesan Rama rama - Back
  • Kesan Rama-rama 1
  • Kesan Rama-rama 3
  • Kesan Rama-rama 4
  • Kesan Rama-rama 5
  • Kesan Rama-rama 6
  • POSTER TIME HEIST FAHMI KESAN RAMA RAMA-07
  • Kesan Rama-rama 2
  • Kesan Rama-rama - TA
1
PBAKL 2026

Mahakarya - Kesan Rama-rama

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 33.00
Fast Shipping | The Patriots
Fast Shipping

Fahmi, seorang pelajar kejuruteraan yang patah hati, menerima sebuah loket misteri berbentuk rama-rama selepas cubaan membunuh diri yang gagal. Namun, loket itu bukan sekadar simbol, ia ialah kunci untuk kembali ke masa silam.

Didorong oleh keinginan untuk menambat semula cinta pertamanya, Yannie, Fahmi merentas masa demi membetulkan satu demi satu kesilapan yang telah memisahkan mereka.

Namun, setiap “heist masa” yang dilakukannya mencetuskan gelombang perubahan. Perubahan kecil yang membesar menjadi mimpi ngeri. Cuaca dunia semakin aneh dan tanda-tanda kehadiran zaman ais mula mengganggu rutin kampus mereka.

Bersama dua sahabat setia, Erina dan Muqri, Fahmi cuba menyelamatkan Yannie ... tapi semakin dia cuba, semakin takdir mempermainkan mereka.

Apabila dunia mula membeku di hadapan matanya, Fahmi terpaksa memilih, iaitu menyelamatkan cinta ... atau menyelamatkan masa depan seluruh dunia?

Kesan Rama-Rama merupakan sebuah kisah tentang cinta yang mustahil, pengorbanan yang menggentarkan dan pencarian makna dalam kekacauan ruang dan waktu.