Legasi Teknologi Tamadun Melayu
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 28.00
Share
“Orang Melayu dulu tak ada teknologi. Semuanya orang putih yang bawa.”
Pada tahun 1511, selepas kota Melaka tumbang, orang Portugis menghitung rampasan perang mereka dan menemui kira-kira 3,000 kepingan artileri di dalam kota yang baru dirampas itu. Meriam sebanyak itu tidak jatuh dari langit.
Di Sungai Batu, Kedah, ahli arkeologi menggali lebih 20 tapak relau peleburan besi yang menjadikan kawasan itu pusat metalurgi tertua di Asia Tenggara. Pandai keris Melayu menempa bilah yang mengandungi nikel, silikon, niobium dan sekurang-kurangnya tujuh jenis keluli, satu campuran logam yang masih mengundang kajian ahli sains hari ini. Rumah Melayu berdiri tanpa sebatang paku, dikunci dengan pasak dan tanggam semata, sementara sebatang terusan sepanjang 36 kilometer digali beramai-ramai oleh rakyat Kedah untuk mengairi sawah mereka.