• Kombo Sains Fizik
  • GEN
  • Quantum Antara Ruang Dan Masa
  • Angkasa Raya Kejadian Agung
1

Kombo Sains Fizik

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | The Patriots
Worldwide shipping
Secure payments | The Patriots
Secure payments
Authentic products | The Patriots
Authentic products

Dengan penerangan yang mudah difahami tetapi tidak kehilangan kedalaman saintifiknya, Dr. Zamir menerangkan konsep yang kompleks seperti teori kerelatifan, lohong hitam dan kemungkinan hidup di planet lain dengan cara yang menarik dan merangsang imaginasi.

Buku yang dikemas kini dengan ilustrasi menarik dan data terkini daripada penyelidikan astronomi terkemuka ini, menawarkan pandangan baharu tentang tempat kita dalam kosmos yang luas dan tanpa had. “Angkasa” bukan sahaja mengenai bintang dan galaksi; ia ialah perjalanan untuk memahami asal usul kita, masa depan alam semesta, dan bagaimana sains terus membentuk pemahaman kita tentang tempat kita di dalamnya.

Manusia dilahirkan dengan rasa ingin tahu. Dengan rasa itu, kita meneroka alam, membuka penempatan, membina peradaban dan ketamadunan. Bermula dari zaman Aristotle dan tamadun Yunani, Galileo kemudiannya berani mencabar gereja tentang bagaimana alam ini berfungsi. Pandangan ini disokong oleh data dari Tycho Brahe dan hasil kerja dari Johannes Kepler, manusia meneroka alam tanpa batasan.

Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai visi yang mengagumkan, daripada membina tamadun galaksi, menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah aspirasi mencari tamadun asing.