• Seni Retorik
  • Seni Retorik - Back
1

Seni Retorik: Kuasa Kata dalam Pengucapan

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Fast Shipping | The Patriots
Fast Shipping
Mengapa sesetengah ucapan mampu mengubah fikiran orang, sedangkan yang lain dilupakan sebaik sahaja selesai? Idea yang baik boleh gagal meyakinkan pendengar apabila hujah tidak tersusun dan penyampaiannya membosankan. Kebolehan memilih kata dan memahami khalayak menentukan sejauh mana pandangan kita diterima.

Dalam Seni Retorik: Kuasa Kata dalam Pengucapan, Budiman Mohd Zohdi menghuraikan cara membina kepercayaan, menyentuh emosi dan menguatkan hujah melalui teknik retorik Aristotle, penyusunan ucapan serta pemilihan gaya bahasa. Pembaca turut diperkenalkan kepada kesilapan berhujah yang sering digunakan untuk mengelirukan pendengar dan mempengaruhi pertimbangan mereka.

Perbincangan dilengkapkan dengan retorik agama, kekayaan retorik Melayu dan penelitian terhadap pengucapan tokoh pendidikan Aminuddin Baki. Berbekalkan kajian serta pengalaman penulis, buku ini membimbing pemimpin, pendidik, pelajar dan sesiapa yang mahu menyampaikan pandangan dengan lebih teratur, yakin dan meyakinkan.