Perjalanan Seorang CEO
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 33.00
Fast Shipping
Share
Bayangkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang membasuh pinggan di gerai makan dan menjaga kereta di kawasan sarkas semata-mata untuk mencari duit poket. Ketika rakan seusianya sibuk menikmati zaman kanak-kanak, dia sudah belajar mengenal nilai wang dan erti bekerja dengan kudrat sendiri. Empat dekad kemudian, budak lelaki itu menerajui syarikat penyiaran radio terbesar di Malaysia, Astro.
Namun, perjalanan Jake Abdullah bukanlah kisah kejayaan yang lurus dan mudah. Setiap persimpangan hidup memaksanya membuat pilihan, termasuk meninggalkan jalan yang selamat untuk mengejar sesuatu yang benar-benar diyakininya.
Segala jatuh bangun Jake terkandung dalam 27 bab buku ini. Jake menghimpunkan pengalaman hidupnya untuk berbicara tentang disiplin yang mengatasi motivasi, kesihatan, kegagalan, pilihan dan keberanian untuk bermula semula.
“Buku ini ditulis persis gaya beliau bercakap dan banyak mencerminkan etos AirAsia — cekal dan sentiasa berusaha keras.”
- Tan Sri Anthony Francis Fernandes, CEO Capital A Berhad & Pengasas Tune Group
- Tan Sri Anthony Francis Fernandes, CEO Capital A Berhad & Pengasas Tune Group
×