• Konfrontasi Ganyang Malaysia
  • Konfrontasi Ganyang Malaysia - Back
  • Isi Kandungan - Konfrontasi
  • 7 Sebab - Konfrontasi
  • Tentang Penulis - Konfrontasi
1
DISKAUN RM 10

Konfrontasi: Ganyang Malaysia

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 33.00
Fast Shipping | The Patriots
Fast Shipping

Pada 12 April 1963, penceroboh menyerbu Balai Polis Tebedu di Sarawak, hanya 3.2 kilometer dari sempadan Kalimantan. Tembakan malam itu membuka tiga tahun pertumpahan darah yang tidak pernah diisytiharkan sebagai perang.

Sukarno melaungkan “ganyang Malaysia!” di hadapan lautan manusia, sementara persekutuan yang baru lahir bertahan dengan 13 batalion menghadapi tentera Indonesia yang memiliki 140 batalion infantri, pesawat pengebom Tu-16 dan 12 buah kapal selam.

Rafe Rahmat menyusun semula episod ini daripada pendaratan di Pontian dan pengguguran payung terjun di Labis, kepada perang gerila di sempadan Borneo, operasi rahsia Claret dan perang saraf, sehinggalah kepada rundingan sulit yang menamatkan sengketa dua negara serumpun pada 11 Ogos 1966.