• Kombo Sains Biologi
  • MSA
  • BIO
  • GEN-2
1

Kombo Sains Biologi

Regular price
RM 80.00
Sale price
RM 80.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | The Patriots
Worldwide shipping
Secure payments | The Patriots
Secure payments
Authentic products | The Patriots
Authentic products

Persoalan bila Nabi Adam A.S turun ke dunia, persoalan tentang di mana letaknya evolusi dalam umat manusia, dan apakah pendirian umat Islam dalam menanggapi spesies manusia selain Homo Sapiens (Manusia Moden), sentiasa membelenggu kita sejak azali lagi. Kami terpanggil untuk meleraikan belenggu itu dalam naskhah terbaharu kami, Manusia Sebelum Adam. Buku ini, dengan izin Tuhan merupakan jawapan yang paling tuntas dalam menjawab segala polemik yang belum menemui kesudahannya di Malaysia.

Mungkin ilmu biologi dipandang enteng bagi sesetengah orang, tapi apa faedahnya mendalami ilmu ini? Melalui ilmu ini, manusia berjaya menukar baka rumput liar menjadi gandum dan padi. Lantas mengatasi masalah ketidakcukupan makanan di zaman purba. Melalui ilmu ini, manusia mampu menjinakkan haiwan liar dan dijadikan haiwan bebanan dan sumber makanan seperti lembu. Melalui ilmu ini, manusia bukan sahaja belajar tentang hidupan, bahkan juga belajar tentang erti kehidupan. Demikian itulah resmi ilmu biologi – ilmu tentang makhluk dan kehidupan.

Sejarah manusia terbahagi kepada 5 fasa:

Fasa pertama menyaksikan kemunculan manusia Homo sapiens di atas muka bumi dan merupakan fasa manusia paling primitif.

Fasa kedua berlaku sekitar 70,000 hingga 50,000 tahu lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif.

Fasa ketiga berlaku sekitar 12,000 tahun lalu iaitu fasa berlakunya Revolusi Pertanian. 

Fasa keempat berlaku sekitar 200 tahun yang lalui iaitu tercetusnya Revolus Industri.

Fasa kelima mungkin berlaku sekitar 100 tahun akan datang iaitu Revolusi Transhumanism.